TELCO NCC's FotoPage

By: droc TELCO NCC

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 30-Nov-2007 17:49 Email | Share | | Bookmark
SURYAKIRAN ARROW

 
 
 
View all 17 photos...
Hehehee.....Red Arrow tak dapat shoot. Suryakiran India Air Force ada lah hahhh...

=====

=====

=====

=====

=====

=====

=====

=====

Sorry la geng...gambar hancusssss.....




Thursday, 29-Nov-2007 19:56 Email | Share | | Bookmark
Red Arrows

Red Arrow Airshow
Pengkalan TUDM Subang.
Azelin, Sam, Md Khai & Hasnul.




Firstly, terima kasih kat Azelin pasal bagi info dan ajak shoot event ni. Bukan selalu ada Airshow camni, kat LIMA Langkawi selalu lah. Sebenarnya gambar aku bukan jadi pun, bukan pandai shoot Airshow camni. Tapi aku tak kira aku nak share jugak kat sini.



==+=

===-



Orang yg datang tengok memang ramai walaupun dibuat pada hari Khamis. Kalu weekend lagi la ramai kut.



Ini dia pilot-pilot nya.





Photographer usah cerita la, memang ramai..







Yang berbakat macam model pun ada



Sekian.


Geng, korang upload la pulak eh..


Friday, 23-Nov-2007 03:36 Email | Share | | Bookmark



Friday, 23-Nov-2007 02:57 Email | Share | | Bookmark
Md Khai Kahwin



Wednesday, 7-Nov-2007 13:14 Email | Share | | Bookmark
Report: DROC Photo Outing - KL streetshoot

DROC Photo Outing : Streetshoot CM - KTMB Building.
Rabu 7 November 2007
Peserta: Md Khai, Sam, Ian, Hasnul dan Halim (ahli baru)


Bermula seawal 10:00 pagi, meeting point di Macdonald berhampiran Central Market.

====

Sebuah bangunan di hadapan Macdonald, di sini juga menjadi tempat untuk bas-bas awam mengambil dan menurunkan penumpang.

Sementara menunggu ahli yang belum sampai kami minum dulu.



Salah satu tempat menjamu selera di dalam Central Market.

Kami memulakan aktiviti mengambil gambar setelah semua peserta untuk outing kali ini hadir.



Dua keping gambar di dalam Central Market.

Kami tidak banyak mengambil gambar di dalam Central Market kerana dah tak sabar untuk mengambil gambar-gambar di bahagian luar. Kami kemudian diberitahu oleh seorang Pak Guard yang kami kena minta kebenaran dari management dulu untuk mengambil gambar di dalam Central market, jadi kami pun terus begerak keluar dari CM.




Sewaktu kami dalam perjalanan ke bangunan KTM, cuaca pagi yang indah sebelum tu sudah mula bertukar mendung dan ada tanda - tanda hujan nak turun.
====


Kami meneruskan perjalanan ke KTM dengan lebih laju tetapi masih sempat mengambil beberapa keping gambar model dalam perjalanan tersebut.



Dua orang model amatur dengan gaya tersendiri.

Kami sampai di Stesen Keretapi Kuala Lumpur lebih kurang pukul 11:30 pagi.

====

Berehat sekejap setelah penat berjalan.




Beberapa keretapi dan komuter yang lalu semuanya tak berhenti walaupun halim dan Md khai telah berberapa kali menahanya.

Seterusnya kami memasuki ke dalam bangunan KTM tersebut. Di sini kami bertemu dengan seorang pelukis handalan yang mempamerkan hasil -hasil seninya di situ.



En Khairuddin Mustafa atau lebih dikenali sebagai Dino adalah seorang pelukis yang terkenal.
Hasil-hasil lukisan beliau terutamanya potret sangat diminati ramai di Central Market. Kini beliau mempamerkan lukisanya di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.



Beliau kini banyak menghasilkan lukisan-lukisan abstract disamping potret-potret yang sungguh mengkagumkan.


Sebuah karya En Dino yang diberi tajuk 'Mata hati'.


Halim sedang menemubual En Dino.


Pose istimewa En Dino untuk pengunjung - pengunjung Droc Fotopages.

Seterusnya kami pergi ke bahagian luar bangunan untuk mencari sudut -sudut yang lebih menarik untuk diabadikan ke memory card kamera kami.

====




Kami terus mengacukan lensa kamera kami ke setiap sudut di sekitar bangunan KTMB tersebut.




Setelah beberapa lama di KTM kami berpatah balik ke CM untuk makan tengahari sebelum mengakhiri aktiviti pada hari itu.




Beberapa keping gambar di sekitar Central Market.

Seterusnya kami berehat sambil makan -makan di sebuah restoran berhampiran CM.


Kelihatan Md Khai sedang memberi tips - tips mengenai street shooting.

Kemudian kami balik ke rumah dengan menaiki LRT.

====


Sekian.

Mintak maaf kalu report ntah apa2..sesaja nak belajar buat photo essay
More details for the photos can be viewed in my flickr


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net