|
|
| Sunday, 14-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selingan sebelum game seterusnya...
|
|
=======
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Next Game: TS34 FC vs Para-Normal FC
|
|
+++
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Liga Futsal Inter-shift NCC: Normal FC vs TS2 FC
|
|
==================Normal FC Menang besar 9 - 3
============
9 AUG 2005 Subang Jaya - Dendam sekian lama NORMAL FC terhadap TS2 FC akhirnya berbalas dengan kemenangan besar 9 - 3 . Kepuasan jelas terpancar di wajah setiap pemain NORMAL FC sebaik wisel penamat dibunyikan sebaliknya pula terjadi kepada TS2 FC yang seakan-akan tidak percaya yang mereka akan tewas dengan jurang yang besar, apatah lagi mereka berjaya menumpaskan NORMAL FC pada pusingan pertama yg lalu. Hakikat permainan Futsal yg harus diterima.
Asakan2 awal NORMAL FC berjaya membolosi pertahanan TS2 FC dengan 2 jaringan awal oleh Fadhal (saudara aku nie... ) hasil 'set piece' yg berbeza. TS2 FC berjaya membalas satu gol hasil gerakan Azelin yg disudahkan dengan baik oleh Samshul untuk merapatkan kedudukan. Keadaan berubah lagi apabila NORMAL FC menjarakkan kedudukan dgn Fadhal menghasilkan 'hatrik' buat pasukannya. Diikuti rembatan jarak jauh Rizal Nick dan penyerang gantian, shahril menjadikan 5 - 1 tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, TS2 FC cuba menambah gol namun usaha mereka berjaya dipatahkan oleh pertahanan NORMAL FC yg tiba-tiba cemerlang mlm itu. Shahril menjaringkan gol ke-2 peribadi pd minit ke-25 namun Azelin kembali merapatkan kedudukan selang 2 minit kemudian. TS2 FC terus dirundung malang apabila tonggak pertahanan, Rizal dikeluarkan kerana kecederaan yg serius.
NORMAL FC menambah gol ke-7 mereka menerusi rizal nick dan 3 minit kemudian Ian menghadiahkan gol saguhati kpd NORMAL FC apabila tertanduk bola ke gawang sendiri. Ternyata taktik melontar bola oleh penjaga gol NORMAL FC, Asraf kepada bahagian penyerang membawa hasil apabila banyak menghasilkan gol buat mereka. Azelin berjaya menambah 1 gol lagi buat TS2 FC dgn rembatan kencang ke penjuru gol dan Shahril menutup tirai gol dgn tolakan mudah yg gagal diselamatkan oleh penjaga gol TS2 FC.
Kemenangan tersebut memberi kelebihan kpd NORMAL FC untuk melangkah ke perlawanan akhir dan buat TS2 FC peluang mereka seakan tertutup rapat dan hanya mengharapkan 'keajaiban' berlaku...
Photographer: Long MS dan Ezanie. Report oleh Rizal Isri
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Dija Marlona Djuly
|
|
=========
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Photographer & Videographer bertugas di Majlis Perkahwinan Dija
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Lord of the Island - fellowship of the gambler
|
|
Produced By : Aper-daus & Syahrizal
Directed By : Aper-daus
Starring : Razlan Frodo, Rizal Pippin, Ezani Gandalf, Harris Aragorn, Boboi Gimli
Synopsis :
The journey begins at night when two handsome hobbits begin their quest to conquer The Island. Thus begin the first chapter of the The Lord of the island: Fellowship of the gambler.
The two young hobbits make their way all the way out of their gleanmarie village and embark on a tiring trip to Pudu Inn.
Frodo is wise,good looking but has a flabby stomach while Pippin has an atheletic shape body but is not as good looking as frodo,plus his weekness is that he cannot stand the seductive power of sleeping.At the Pudu Inn, they camp and waited for an old friend.
++++++
After a long wait, Gandalf arrived, a tall,skinny figure.Assumed to be wise but in reality the most reckless and irresponsible person in the fellowship. Gandalf warned them on the power of the island and how to conquer it will take courage,patient and skills on how to enjoy oneself. That is why he has chosen the two young hobbits to be the one responsible for this quest as the two young hobbits are the two coolest lads in the hold community of their gleanmarie village.
Gandalf would also have to sacrifice his time to accompany the two hobbits to help them conquer the island. But he feels that they need more manpower to use as kambing hitam if the quest fails.
So Gandalf summoned a noble hero from Cheras kingdom and the Highlands of Ampang : Aragorn and Boboi Gimli (Asraf bukan nama sebenar)
Aragorn is dark, moustache type of person. Doesn't talk much but have a gambling problem. Boboi Gimli is hard to describe..lets just put it this way....he's fat....(but good organizer)
After all have been gathered together, all five companion are declared as the fellowship of gamblers as gambling is the most important task to be performed to conquer the island. Gandalf led the fellowship to start the journey by bus from Pudu Inn.............To be continued
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 2-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Liga Futsal Inter-shift NCC 2005: TS34 vs TS2
|
|
2 AUG 2005 Subang Jaya - TS34 FC mensesiakan peluang untuk meraih kemenangan apabila dipaksa berkongsi mata ketika bertemu TS2 FC. Diseparuh masa permainan tampak dikuasai sepenuhnya oleh TS34 FC sedangkan TS2 FC masih tercari-cari rentak permainan mereka. Fikri menjaringkan gol pertama buat TS34 FC pada minit ke-8 dan disusuli 2 gol lagi menerusi azmir dan amir. Kedudukan menjadi bertambah selesa apabila pemain tonggak mereka, halimie menjaringkan gol ke-4 menjadikan kedudukan saat itu TS34 FC mendahului 4 - 0.
TS2 FC mula menyedari bahawa mereka perlu menjaringkan gol agar tidak menjadi mangsa belasahan. Usaha mereka berhasil dengan gol pertama hasil percubaan penyerang meraka, hasnul. Namun kegembiraan tersebut tidak kekal lama apabila TS34 FC menambah gol ke-5 menerusi penyerang sasa mereka,azmir. Gol tersebut merupakan gol peribadinya yg ke 11 yg menjadikannya pendahulu senarai penjaring ketika ini.
Ketinggalan 4 gol tidak mematahkan semangat TS2 FC dan mereka meningkatkan lagi permainan mereka dan hasilnya gol ke-2 menyusul hasil rembatan jarak jauh pemain pertahanan mereka, rizal yg terus menerjah jaring. Selang beberapa minit sebelum separuh masa berakhir, giliran azelin yg melepasi kawalan pertahanan TS34 FC dan merembat untuk gol ke-3 TS2 FC.
Rehat 10 minit memberi peluang buat TS2 FC merencana strategi baru. Baru berusia 8 minit separuh masa kedua, TS2 FC berjaya menhasilkan gol ke-4 menerusi penyerang cilik mereka, samshul. Gol tersebut memberi semangat kepada pemain2 TS2 FC untuk mencari gol semangat, namun tidak mudah bagi mereka kerana TS34 FC memberi saingan dan sekali sekali melancarkan serangan pantas yg merbahaya namun ketangkasan hasnul berjaya menghalang TS34 FC dari menambahkan gol. Beberapa minit lagi permainan sebenar akan tamat, TS2 FC berjaya juga mendapatkan gol penyamaan yg dicari2. Samshul menjadi penyelamat dgn rembatan kaki kanan yg gagal diselamatkan oleh madi, penjaga gol TS34 FC.
Keputusan seri ini memberi peluang cerah kpd TS34 FC untuk melangkah ke perlawanan akhir dan buat TS2 FC pula perlu memenangi baki 2 perlawanan mereka bagi mengiringi TS34 FC.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 31-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dari Cheras ke Puchong
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 27-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Liga Futsal Inter-shift NCC 2005: TS1 vs TS34
|
|
27 JUL 2005 Subang Jaya - Pasukan TS34 FC meneruskan rentak kemenangan dengan kejayaan menewaskan TS1 FC semalam. Kemenangan yang sememangnya dijangkakan sejak awal berdasarkan prestasinya yang memuncak ketika ini. Kejayaan 10 - 2 mencerahkan lagi peluang mereka bagi layak ke perlawanan akhir. Walaupun TS1 FC menggunakan tenaga pemain dari Congo iaitu razlan dan asraf namun gagal meningkatkan prestasi mereka. Masih ditakuk lama...dan dibelasah... hehehe. Namun begitu pemain tersebut telah menjaringkan gol buat pasukan TS1 FC atas sokongan 'awek' yg dibawanya .
Pemain penyerang TS1 FC mensesiakan banyak peluang terhidang. Bagi TS34 FC pula gerakan2 yg dirancang pemain berkaliber mereka, halimie telah berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan TS1 FC. Penyerang TS34 FC yg kontraknya akan berakhir tak lama lagi, azmir menjadi 'duri dalam daging' kepada pasukan TS1 FC apabila beliau menjaringkan 4 gol pd minit 12,14,28 dan 31. Keeper merangkap pertahanan, amir pula menjaringkan 2 gol manakala madi, halimie serta penyerang sensasi, nomie masing2 menjaringkan 1 gol. 1 gol lagi adalah sumbangan 'ikhlas' dari pemain terkacak TS1 FC, salleh lampard yg kini mendahului senarai penjaring 'gol sendiri' hehehe...
Reporter: Rizal
Photographer: Acam
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Liga Futsal Inter-shift NCC: TS2 Fc Vs TS34 Fc
|
|
TS2 FC Kecundang Juga
15 JUL 2005 Subang Jaya - Tak sehebat mana. Keegoan TS2 FC sebagai pasukan yg belum mengalami kekalahan tercalar jua akhirnya. Kekalahan kepada TS34 FC 2 - 4 telah menunjukkan kelemahan TS2 FC. Walaupun mendahului 2 - 0 dan berbaki 12 minit 24 saat namun mereka gagal mengekalkan rentak permainan dan kealpaan disaat-saat akhir telah dihukum oleh pemain2 TS34 FC.
Dengan jersey baru berwarna merah (ditaja oleh OKB TS4) menyerlahkan kegarangan mereka mengasak kubu TS2 FC tanpa mengenal putus asa disamping semangat yg tinggi untuk menundukkan TS2 FC. Penggerak utama TS34 FC, Halimie menjadi pemusnah dgn 2 gol jaringannya dan hantaran2 cantik kepada rakan. Keghairahan pemain2 TS2 FC memburu gol menyebabkan bahagian benteng menjadi rapuh. Kawalan yg longgar kpd penyerang TS34 FC memberikan peluang kpd Azmir untuk menjaringkan gol kemenangan.
+++++++
Saingan Liga Futsal NCC05 kini menjadi semakin rancak dan sengit dengan saingan tiga penjuru. TS2 FC, TS34 FC dan Normal FC bersaing rapat dengan masing2 mengumpul 6 mata hasil 2 kemenangan dan 1 kekalahan. Namun jumlah jaringan membezakan kedudukan antara mereka.
Jangan dilupa kpd TS1 FC kerana walaupun tanpa sebarang mata namun mereka masih berpeluang untuk mara ke perlawanan akhir dengan syarat memenangi semua perlawanan pada pusingan kedua ini. Mereka tentunya telah merancang strategi2 baru yg akan memeranjatkan dunia futsal.
Pusingan kedua akan bermula jumaat ini dan diharap peminat2 dapat memenuhi stadium2 yg berhampiran. Berilah sokongan kpd kemajuan Futsal NCC....chewahhh...
Wartawan tak rasmi.... budak meru
|
|
|
|